DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Semangat cintakan negara terus disemarakkan menerusi Gimik Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Tuan Zulkifly Bin Ismail, Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang.
Sambutan Bulan Kebangsaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, malah menjadi medan untuk menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah membina kemerdekaan negara. Semoga semangat Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka terus terpahat dalam sanubari setiap warga demi membina sebuah negara yang aman, bersatu dan sejahtera.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



