Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) kini sedang giat melaksanakan penghantaran Notis Pematuhan Pendaftaran Pengawal Data melalui e-mel kepada organisasi yang dikenal pasti masih belum memenuhi kewajipan pendaftaran.
Sekiranya organisasi anda menerima notis tersebut, ambil tindakan segera dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].
⚠️ Kegagalan untuk mendaftar sebagai Pengawal Data boleh mengakibatkan tindakan penguatkuasaan, termasuk:
💰 Denda sehingga RM500,000; atau
⚖️ Penjara sehingga 3 tahun; atau
✔️ Kedua-duanya sekali.
Pastikan e-mel rasmi organisasi sentiasa dipantau bagi mengelakkan sebarang tindakan akibat ketidakpatuhan.
Layari www.pdp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran Pengawal Data.
Sumber: Jabatan Perlindungan Data Peribadi



