Powerbank yang sudah rosak atau kembung mengandungi bateri litium-ion yang berbahaya. Jika dicampur dengan sisa baki yang lain, ia bukan sahaja boleh mencetuskan kebakaran akibat haba, malah sisa toksiknya boleh mencemarkan alam sekitar!
Berikut adalah cara pelupusan powerbank yang betul:
Asingkan powerbank yang rosak daripada sisa baki rumah anda;
Keluarkan pada hari kutipan sisa kitar semula; ATAU
Hantar ke pusat-pusat kitar semula atau pusat pengumpulan e-sisa (e-waste) yang berdekatan.
Sumber: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp



