PDRM DEKATI MASYARAKAT MELALUI PROGRAM KEPOLISAN KOMUNITI DI KARNIVAL JELAJAH DASAR PELUANG KEDUA INSOLVENSI

Melaka Tengah – Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKKD) IPD Melaka Tengah bersama Balai Polis Ayer Keroh telah menyertai Program Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi yang berlangsung di Mydin MiTC, Ayer Keroh.
Sepanjang program, pelbagai inisiatif pencegahan jenayah telah dilaksanakan menerusi Talk To Us, Go To Safety Point (GTSP), Volunteer Smartphone Patrol (VSP), Amanita serta hebahan kempen pencegahan jenayah kepada pengunjung.
Program ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi secara langsung dengan anggota PDRM, mendapatkan penerangan mengenai aplikasi dan inisiatif keselamatan, di samping meningkatkan kesedaran tentang peranan komuniti dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah melalui saluran rasmi PDRM.
Selain itu, penerangan mengenai Inisiatif Amanita telah diberikan bagi memperkasakan peranan suri rumah sebagai rakan strategik PDRM dalam membantu menjaga keselamatan kejiranan. Hasil daripada program ini, seramai 25 orang awam telah mendaftar sebagai Rakan Amanita.
Karnival ini turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan sebagai platform memperkukuhkan jaringan kerjasama serta mendekatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
PDRM akan terus komited memperkukuhkan hubungan erat bersama komuniti melalui pelaksanaan program kepolisan komuniti demi mewujudkan persekitaran yang selamat, aman dan sejahtera.
Sumber : Facebook Polis Melaka Tengah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …