WARGA EMAS HILANG LEBIH 26 JAM DITEMUKAN SELAMAT

SELAMAT: Pasukan Bomba Membawa Mangsa Ke Hospital Kota Belud Bagi Mendapatkan Rawatan Lanjut.

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak petang Selasa, ditemukan selamat selepas lebih 26 jam operasi pencarian dijalankan.

Mangsa berusia 78 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan lemah kira-kira jam 5.30 petang di Kampung Payas-Payas, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa selepas ahli keluarga menyedari warga emas itu tidak berada di rumah.

Katanya, berdasarkan maklumat anak mangsa, warga emas berkenaan keluar dari rumah kira-kira jam 3 petang pada Selasa sebelum gagal dikesan.

“Mangsa ditemukan oleh orang awam pada jarak kira-kira 300 meter dari rumahnya di kawasan kampung dalam keadaan lemah.

“Pasukan bomba kemudian membawa mangsa ke Hospital Kota Belud bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir di lokasi bagi memastikan tiada sebarang bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.38 petang.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …