Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan skim pelaburan palsu yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat. Jangan mudah terpedaya dengan janji keuntungan tinggi kerana ia berkemungkinan merupakan taktik penipuan untuk memperdaya mangsa.
Sebelum membuat sebarang pelaburan, jangan pindahkan wang ke akaun peribadi individu yang tidak dikenali. Semak status syarikat atau individu melalui laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta ‘Investor Alert List’.
Ingat, jika sesuatu pelaburan kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, besar kemungkinan ia tidak benar. Jangan mudah terpedaya.
Sumber: PDRM



