DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
KPDN Cawangan Timur Laut telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di Georgetown dan sekitar melibatkan 6 Pegawai Penguat Kuasa dengan pemeriksaan ke atas 18 premis. Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Arahan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 melalui Ops Tiris 4.0, di samping pemantauan bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak dan gula bagi memastikan bekalan mencukupi serta tidak disalah guna, termasuk pematuhan kepada perundangan berkaitan yang berkuat kuasa.
KPDN Pulau Pinang akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta melindungi hak pengguna daripada sebarang penyelewengan di pasaran.
Bagi tindakan yang lebih pantas, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan melalui saluran berikut:
Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang



