Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang, memegang rekod sebagai jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak keseluruhan kira-kira 24 kilometer. Laluan utama ini menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dengan Bayan Lepas di Pulau Pinang.
Dibuka secara rasmi pada 1 Mac 2014, struktur ini menjadi simbol kemajuan infrastruktur serta integrasi wilayah yang penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi masyarakat di utara Malaysia.
Maklumat lanjut layari https://www.merdeka360.my/web/#HKHM2026
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#Merdeka360



