KENALI UBAT ANDA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

Program Kenali Ubat Anda (KUA) Hospital Balik Pulau: Kanvas Inspirasi Generasi Celik Ubat, Sihat dan Berwawasan telah berjaya dilaksanakan menerusi siri program pendidikan kesihatan hasil kerjasama 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐅𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 (𝐇𝐁𝐏) bersama 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐩𝐢 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐇𝐁𝐏 serta institusi-institusi pendidikan di sekitar Balik Pulau.
🧒🏻Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran warga sekolah serta kanak-kanak mengenai kepentingan penggunaan ubat secara berkualiti, selamat dan berkesan, pelupusan ubat yang selamat menerusi inisiatif MyMediSAFE demi kelestarian alam sekitar, serta amalan gaya hidup sihat dan bahaya merokok/vape.
Sepanjang siri program ini berlangsung, pelbagai pengisian dan aktiviti interaktif telah dijalankan mengikut kesesuaian kumpulan sasar di setiap lokasi:
𝟏. 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 & 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧
📢𝐂𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐝𝐚 (𝐊𝐔𝐀) – Penerangan mengenai penggunaan ubat secara berkualiti, selamat dan berkesan serta tempat penyimpanan ubat yang betul.
📢𝐂𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐩𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 (𝐌𝐲𝐌𝐞𝐝𝐢𝐒𝐀𝐅𝐄) – Pendedahan dan galakan kepada warga sekolah untuk melupuskan ubat-ubatan dalam simpanan secara selamat demi kelestarian alam sekitar.
📢𝐂𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 – Pendedahan khas bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang sejak usia awal kanak-kanak.
📢𝐂𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐬𝐚𝐩 𝐑𝐨𝐤𝐨𝐤 – Kesedaran mengenai bahaya merokok dan vape serta kesan buruknya terhadap kesihatan dan masa depan pelajar.
𝟐. 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 & 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐤𝐮𝐡𝐚𝐧
❓𝐊𝐮𝐢𝐳 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐔𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐧𝐝𝐚 – Sesi kuiz diadakan sepanjang ceramah bagi mengukuhkan kefahaman para peserta.
🧩𝐒𝐭𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤 – Aktiviti pembelajaran santai seperti permainan Susun Suai Gambar, Mengenal Pasti Makanan Sihat VS Tidak Sihat, dan Maze Mencari Ubat.
Siri program ini telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 𝟖𝟕𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐤𝐚𝐧𝐚𝐤 serta 𝟒𝟎 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐮𝐫𝐮 di sekitar Balik Pulau!
                                                                                                                                                                                   Sumber  :  Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang   https://www.facebook.com/jknpenang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …