LAPORAN OP MOTOSIKAL OSJ, OP BERSEPADU (PERDAGANGAN) DAN OP MABUK JSPT MELAKA

Melaka – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka telah melaksanakan Op Motosikal (OSJ), Op Bersepadu (Perdagangan) dan Op Mabuk di beberapa lokasi sekitar negeri Melaka bermula jam 8.00 malam, 25 Julai 2026 hingga 5.00 pagi, 26 Julai 2026. Operasi melibatkan kekuatan seramai 3 pegawai, 19 anggota JSPT serta 4 anggota BSJND yang tertumpu di kawasan Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 366 buah kenderaan dan 451 individu telah diperiksa. Hasil pemeriksaan tersebut membawa kepada pengeluaran 151 saman PDRM (K) 257, manakala tiada saman di bawah PDRM (K) 170A dikeluarkan. Selain itu, pihak JSPT turut menyita 7 buah kenderaan, terdiri daripada 1 buah motokar dan 6 buah motosikal, serta membuat 1 tangkapan di bawah Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah tiada lesen memandu (31), diikuti kesalahan nombor pendaftaran (22), ubah suai ekzos (15), tidak mempamerkan tanda P/L (14) dan tiada cermin sisi (13). Turut dikesan ialah pelbagai kesalahan lain seperti aksesori kenderaan tidak sempurna, topi keledar, lampu hadapan silau, insurans, lesen tamat tempoh, tayar botak serta kegagalan mematuhi arahan trafik.
JSPT Melaka akan terus memperhebatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi mengesan pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang serta memastikan tahap keselamatan jalan raya sentiasa berada pada tahap terbaik. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Sumber : Facebook JSPT Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …