DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Kesihatan Bandar Perda berbesar hati menerima lawatan kerja 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐃𝐫. 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐳𝐳𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, bagi meninjau pelaksanaan perkhidmatan serta operasi harian di klinik.
Lawatan ini bertujuan meninjau penyampaian perkhidmatan kesihatan, memperkukuh tadbir urus serta menilai pelaksanaan perkhidmatan di peringkat fasiliti kesihatan primer. Di samping itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk menghargai komitmen seluruh warga kerja Klinik Kesihatan Bandar Perda yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, cekap dan berpusatkan pesakit.
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/jknpenang



