SIMULASI FULL-SCALE EXERCISE EX-LAKSAMANA TINGKAT KEUPAYAAN PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA UDARA

Alor Gajah – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Alor Gajah telah menyertai Program Full-Scale Exercise (FSX) Latih Amal Bencana Udara EX-LAKSAMANA yang telah berlangsung di Jalan Angkasanuri 31, Durian Tunggal, Melaka.
Penyertaan pelbagai agensi penyelamat, penguatkuasaan dan teknikal
Latihan berskala penuh ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi penyelamat, penguatkuasaan dan teknikal sebagai platform memperkukuh koordinasi serta kerjasama strategik antara agensi dalam menghadapi sebarang insiden bencana udara. Program ini turut menguji tahap kesiapsiagaan semua agensi dalam melaksanakan tindakan kecemasan secara pantas, tersusun dan berkesan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan Full-Scale Exercise (FSX) merupakan kesinambungan kepada sesi Tabletop Exercise (TTX) yang telah dilaksanakan sebelum ini. Berbeza dengan TTX yang berfokus kepada perbincangan dan penyelarasan pelan tindakan, FSX memberi penekanan kepada simulasi sebenar di lapangan melibatkan mobilisasi aset, pengurusan lokasi kejadian, operasi mencari dan menyelamat, rawatan awal mangsa, kawalan keselamatan kawasan serta penyelarasan komunikasi antara semua agensi yang terlibat.
Sesi Latihan 
Sepanjang latihan, setiap agensi memainkan peranan masing-masing berdasarkan senario kemalangan pesawat yang telah dirancang. Latihan ini memberikan peluang kepada semua peserta untuk menilai tahap keberkesanan tindakan operasi, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta memperkukuhkan kecekapan dalam pengurusan bencana yang memerlukan tindakan bersepadu.
Penyertaan PDRM dalam latihan ini mencerminkan komitmen berterusan pasukan dalam memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan insiden yang melibatkan keselamatan awam. Di samping itu, latihan seperti ini turut memperkukuhkan hubungan kerjasama antara PDRM dan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan setiap tindakan kecemasan dapat dilaksanakan secara profesional, sistematik dan efektif.
Sesi Penerangan Tempat Kejadian
Secara keseluruhannya, Program Full-Scale Exercise (FSX) Latih Amal Bencana Udara EX-LAKSAMANA telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini menjadi medium penting dalam meningkatkan keupayaan tindak balas semua agensi, memperkukuhkan koordinasi operasi serta memastikan kesiapsiagaan pengurusan bencana udara sentiasa berada pada tahap terbaik demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Sumber : Facebook Polis Alor Gajah

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …