TAKLIMAT PERKHIDMATAN PUSAT REHABILITASI PERKESO MELAKA

Melaka – Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah telah menghadiri Taklimat Perkhidmatan Pusat Rehabilitasi PERKESO Melaka yang diadakan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka.
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Melaka telah disambut oleh Dr. Nur Liyana Kahar, Ketua Pegawai Perubatan Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak dan Dr. Sivanandarajah A/L Satgunam, Timbalan Pengarah Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak.
Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai kemudahan dan perkhidmatan rehabilitasi komprehensif yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada pencarum yang mengalami kecederaan atau hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit. Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka dan PERKESO, di samping meningkatkan kefahaman mengenai manfaat kebajikan serta perlindungan sosial yang boleh dimanfaatkan oleh warga PDRM yang layak.
Turut hadir, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Kontinjen Melaka.
Sumber : Facebook Polis Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …