MELAKA NEGERI PERTAMA WUJUDKAN E-MEL RAKYAT

Ayer Keroh – Melaka terus terkehadapan dalam agenda digital apabila secara rasminya melancarkan E-Mel Rakyat Negeri Melaka menerusi domain @melaka.my.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, e-mel rakyat itu dibangunkan berasaskan matlamat untuk mewujudkan saluran komunikasi digital yang berautoriti, pantas, berasaskan integriti serta selamat antara Kerajaan Negeri dengan seluruh rakyat Melaka.

Jelas beliau, inisiatif itu diberikan secara percuma di mana, setiap isi rumah layak mendaftar satu e-emel tersebut dan mendapat pelbagai maklumat serta hebahan Kerajaan Negeri, selain ia juga boleh digunakan sebagai e-mel peribadi.

“Ini merupakan satu lagi kaedah pengurusan masyarakat yang kita perkenalkan supaya rakyat boleh mendapat akses kepada pelbagai maklumat serta inisiatif oleh Kerajaan Negeri.

“Pada masa sama, ia juga boleh menjadi platform kepada rakyat menyalurkan apa jua pandangan, cadangan dan komen, di mana kesemuanya akan kita kumpulkan untuk menjadi satu dasar baharu yang dapat memberi impak kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnaka Majlis Perasmian E-Mel Rakyat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Pegawai Kewangan negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Ketua Pegawai Digital negeri Mahanum Daim; Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Mahfudzah Mohamed Noor serta kenamaan lain.

Menurut Ketua Menteri, inisiatif itu bukan sekadar menyediakan alamat e-mel, tetapi merupakan gerbang identiti digital rasmi bagi warga Melaka.

Malah, ujar beliau, inisiatif itu juga diperluaskan dalam sektor pendidikan, di mana, sehingga kini lebih 193,000 akaun telah didaftarkan di seluruh sekolah dalam Negeri Melaka membabitkan guru, pelajar dan ibu bapa.

“Dengan kaedah ini segala maklumat berkaitan prestasi anak-anak dan segala maklumat lain dapat disampaikan lebih mudah menerusi e-mel ini,” katanya.

Tambah Ab Rauf, E-Mel Rakyat Negeri Melaka itu juga menjadi pelengkap kepada inisiatif Kampung Digital yang telah dilaksanakan sebelum ini, di mana sebanyak 618 kampung tradisional di negeri ini telah menerima alamat baharu yang lebih lengkap dan dilengkapi kod QR.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …