OPS BERSEPADU MEGA DI DUNGUN PERIKSA 357 INDIVIDU

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menyertai Ops Bersepadu Mega yang diadakan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka arah selatan, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada 16 Julai 2026, bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang imigresen.

Operasi yang bermula pada jam 10 pagi itu turut disertai Pengarah Imigresen Negeri Terengganu, Mohd Yusri Mohd Nor serta beberapa agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak LPT2.

Sebanyak 357 individu diperiksa melibatkan 327 warganegara Malaysia serta 30 warga asing terdiri daripada warganegara China, Perancis, Jerman, Bangladesh, Norway dan Syria bagi semakan dokumen pengenalan diri, dokumen perjalanan serta pematuhan terhadap undang-undang imigresen.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada tangkapan dilakukan oleh JIM Negeri Terengganu. Namun, operasi bersepadu itu mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh penguatkuasaan dan memastikan pematuhan undang-undang imigresen, di samping mengukuhkan kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa lain bagi memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.

 

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …