Demam biasa-biasa? Jangan ambil mudah kalau anda berada di kawasan wabak denggi.
Kes denggi sedang meningkat dan jangkitan boleh berlaku di rumah, kejiranan atau tempat kerja.
✅ Semak kawasan wabak melalui Portal iDengue https://idengue.mysa.gov.my/
✅ Ikuti hebahan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri / Pejabat Kesihatan Daerah
✅ Cakna jika ada kes denggi berhampiran anda
✅ Jika demam, segera dapatkan pemeriksaan di klinik / hospital
Denggi boleh menyebabkan komplikasi serius dan membawa kepada kematian sekiranya tidak dirawat.
Ambil peduli, cegah denggi. Jangan tunggu parah baru bertindak.
Sumber: Kementerian Kesihatan Negeri Terengganu



