ADVOKASI TEKNOLOGI NUKLEAR TARIK PERHATIAN DI KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA ZON TIMUR

Advokasi teknologi nuklear menjadi antara tarikan utama Karnival Minggu Sains Negara (MSN) Zon Timur 2026 apabila pengunjung didedahkan kepada pelbagai aplikasi teknologi itu dalam sektor kesihatan, pertanian, industri dan penyelidikan menerusi pameran serta aktiviti interaktif.

Karnival anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Rakan MySains MOSTI dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) itu berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Datuk Ruziah Shafei berkata, penganjuran MSN bertujuan membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) serta memupuk minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030.

Selain itu, karnival itu turut memberi tumpuan kepada pembangunan bakat masa depan dan pengukuhan ekosistem inovasi negara. Selain itu, MOSTI turut memperkenalkan Platform Sains Rakyat menerusi portal sainsrakyat.my yang membolehkan orang ramai terlibat dalam pengumpulan dan analisis data saintifik, sekali gus menggalakkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan ilmu pengetahuan negara.

 

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2026/07/minggu-sains-dekatkan-rakyat-dengan-teknologi-nuklear/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …