17 PATI DITAHAN DALAM OPS SAPU, OPS BELANJA DAN OPS SELERA

Seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Sapu, Ops Belanja dan Ops Selera yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada 14 Julai lalu.

Operasi bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang itu melibatkan pemeriksaan di lima premis membabitkan 57 individu yang menjalani semakan dokumen dan status imigresen.

Hasil operasi mendapati mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 45 tahun, melibatkan lapan warga Bangladesh, empat warga Indonesia, empat warga Myanmar dan seorang warga Thailand.

Mereka disyaki melakukan kesalahan tidak memiliki pas atau permit yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tangkapan tertinggi direkodkan di sebuah tapak pembinaan di Gong Badak dengan 12 individu, diikuti sebuah premis makanan di Jalan Bandar (empat individu) dan sebuah kedai keropok di Pulau Musang (seorang individu). Selain itu, tiga saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.

Kesemua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut. JIM Terengganu menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta membanteras kehadiran PATI di negeri Terengganu.

 

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …