TINDAKAN PENGUATKUASAAN OLEH BSPT IPD JASIN

Jasin- Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Jasin telah menjalankan satu tindakan penguatkuasaan dan berjaya membuat satu tangkapan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).
BSPT IPD Jasin akan terus mempergiatkan operasi serta penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
Facebook BSPTD Jasin
Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga diseru agar sentiasa menasihati anak-anak supaya mematuhi undang-undang jalan raya serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Lakukan pemantauan terhadap kenderaan yang digunakan oleh anak-anak bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat, mematuhi spesifikasi yang ditetapkan serta tidak diubah suai sehingga melanggar peruntukan undang-undang.
Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Patuhi undang-undang, sayangi nyawa.
Sumber : Facebook BSPTD Jasin

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …