Siaran Terkini : 7 Julai 2026
Gambaran Keseluruhan
Penerbitan statistik rasmi pertama mengenai rumah percutian mengikut negeri dan daerah di Malaysia. Statistik ini adalah berdasarkan penemuan awal Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) yang dilaksanakan dari 5 Januari hingga 30 Jun 2026 dan data pentadbiran daripada pelbagai agensi. Liputan statistik adalah merujuk kepada Piawaian Klasifikasi Perindustrian Malaysia (MSIC) 2025, Aktiviti 55201: Rumah dan Apartmen Percutian.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia



