EKSPORT BAGI TUJUH NEGERI MENCATATKAN PENINGKATAN BERNILAI RM61.4 BILION PADA MEI 2026

Siaran Terkini : 26 Jun 2026

 

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM327.6 bilion pada Mei 2026 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM184.0 bilion dan RM143.6 bilion.

Eksport bernilai RM184.0 bilion pada Mei 2026, meningkat sebanyak RM57.4 bilion (+45.3%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM50.0 bilion), Johor (+RM6.6 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM2.1 bilion), Sarawak (+RM1.7 bilion), Perak (+RM504.4 juta), Terengganu (+RM346.0 juta) dan Kelantan (+RM35.7 juta). Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Sabah sebanyak RM1.1 bilion, Pahang (-RM905.8 juta), Melaka (-RM569.7 juta), Selangor (-RM509.1 juta), W.P. Labuan (-RM282.9 juta), Kedah (-RM183.4 juta), Negeri Sembilan (-RM154.1 juta) dan Perlis (-RM10.3 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 52.1 peratus, diikuti oleh Johor (17.0%), Selangor (12.7%), Sarawak (5.0%) dan W.P. Kuala Lumpur (3.7%).

Pada masa yang sama, import pada bulan Mei 2026 meningkat RM17.8 bilion (+14.1%) berbanding bulan yang sama pada tahun 2025. Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM13.2 bilion), Johor (+RM9.2 bilion), Kedah (+RM1.3 bilion), Negeri Sembilan (+RM1.0 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM496.4 juta), Sabah (+RM245.0 juta), Pahang (+RM68.1 juta), W.P. Labuan (+RM31.5 juta) dan Terengganu (+RM2.2 juta). Walau bagaimanapun, nilai import menurun di Selangor sebanyak RM4.7 bilion, Melaka (-RM1.4 bilion), Perak (-RM215.8 juta), Perlis (-RM117.2 juta), Sarawak (-RM55.1 juta) dan Kelantan (-RM41.3 juta).

Pulau Pinang mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 29.4 peratus, diikuti oleh Johor (24.4%), Selangor (22.4%), W.P. Kuala Lumpur (8.3%) dan Kedah (4.8%).

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …