JAMU HAUS BORNEO BERPOTENSI JANA PENDAPATAN LUAR BANDAR

ALBUM: Jamawi (Tiga Kiri) Bergambar Kenangan Selepas Perasmian Diadakan.

KOTA KINABALU: Usaha memperkasakan tanaman herba dan perubatan tradisional berpotensi membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat luar bandar, khususnya golongan wanita.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, meskipun terdapat tanggapan bahawa jamu dan perubatan tradisional semakin ketinggalan dalam arus kemodenan, perkembangan semasa menunjukkan semakin ramai masyarakat kembali memberi perhatian kepada tanaman herba dan perubatan tradisional.

“Jika kita melihat perkembangan semasa, semakin ramai masyarakat yang beralih kepada penggunaan tanaman herba dan perubatan tradisional kerana manfaatnya yang terbukti.

“Justeru, bidang ini mempunyai potensi dan peluang yang sangat luas untuk diterokai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan outlet Jamu Haus Borneo di Anjung Selera Likas yang diusahakan oleh usahawan Sabah, Zaklean Ansari Zambri, menerusi kerjasama dengan rakannya dari Indonesia, Dr. Rianti Maharani.

Katanya, inisiatif itu selari dengan hasrat kementerian untuk mempelbagaikan usaha kebun dapur memandangkan kebanyakan bahan yang digunakan dalam penghasilan jamu mudah diperoleh dan boleh ditanam di sekitar rumah.

“Saya telah meminta Zaklean untuk mengadakan kursus-kursus berkaitan kaedah memproses tanaman yang ditanam di persekitaran rumah dan mempunyai nilai perubatan.

“Langkah ini penting supaya wanita di luar bandar dapat memperoleh pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam memproses tanaman tersebut, sekali gus memperkasa mereka untuk menjana pendapatan serta meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Zaklean dan Yanti atas kesediaan mereka berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran dalam bidang berkenaan.

Jamawi berharap kerjasama yang terjalin itu dapat terus diperkukuh dan diperluaskan bersama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan pada masa hadapan bagi memperkasa industri herba serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …