HQE CARI WARIS JENAZAH LELAKI BELUM DITUNTUT

KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE) memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris seorang lelaki yang meninggal dunia dan sehingga kini jenazahnya masih belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Datuk Dr. Abd Kahar Abd Asis berkata, jenazah dikenal pasti sebagai Lai Vui Hiung, 50, warganegara Malaysia berketurunan Cina dan beragama Buddha.

Menurutnya, alamat terakhir mendiang direkodkan di MDLB 918, Lorong 1, Taman Pak Tak, Batu 7, 90702 Sandakan.

“Mendiang dimasukkan ke Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth pada 9 Jun lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada 11 Jun jam 8.21 malam.

“Sehingga hari ini, jenazah masih belum dituntut oleh mana-mana waris,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, laporan polis berkaitan perkara itu sudah dibuat pada 23 Jun bagi membantu mengesan ahli keluarga atau waris mendiang.

Katanya, pihak hospital berharap orang ramai yang mengenali mendiang dapat menyalurkan maklumat atau memaklumkan kepada ahli keluarga supaya segera tampil bagi menguruskan tuntutan jenazah.

“Ahli keluarga, waris atau sesiapa yang mengenali mendiang dimohon menghubungi Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth dengan kadar segera.

“Mereka boleh menghubungi talian 088-517555 sambungan 8285 bagi urusan tuntutan jenazah dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kerjasama orang ramai dalam membantu usaha mengesan waris mendiang.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …