LELAKI MAUT DITIKAM RAKAN KETIKA MABUK DI TAPAK PEMBINAAN

SYED LOT 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing maut selepas dipercayai ditikam rakannya dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di belakang bilik pameran kenderaan di Iramanis, awal pagi Rabu.

Mangsa berusia 34 tahun dipercayai sempat berjalan sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah lubang pembetung berhampiran lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.40 pagi sebelum laporan polis dibuat pada jam 2.23 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa bersama suspek lelaki berusia 36 tahun keluar ke Penampang pada sebelah pagi untuk minum minuman keras sebelum pulang ke rumah kongsi kira-kira jam 11 malam.

“Berlaku pertengkaran antara kedua-dua lelaki berkenaan yang dipercayai berpunca daripada salah faham ketika berada dalam keadaan mabuk.

“Mangsa dipercayai terlebih dahulu memukul suspek menggunakan sebatang kayu pada bahagian kepala sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa sebanyak empat kali menggunakan pisau pemotong sayur,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri manakala mangsa yang mengalami kecederaan parah dipercayai sempat berjalan sebelum ditemukan di dalam lubang pembetung berhampiran lokasi kejadian.

“Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah sudah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, usaha mengesan dan menahan suspek serta merampas senjata yang digunakan masih giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Syed Abdul Rahman Syed Mohsin di talian 012-310 6882 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …