TREND PEMANDU LORI AMBIL SYABU MEMBIMBANGKAN

Trend penyalahgunaan dadah terutama jenis syabu dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan agak membimbangkan. Menurut Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh,  kebanyakan pemandu yang ditahan memberi alasan mengambil bahan terlarang itu bagi membolehkan mereka kekal bertenaga sepanjang pemanduan.

Syabu merupakan sejenis dadah perangsang. Apabila diambil, ia membolehkan seseorang kekal bertenaga dan bekerja lebih lama. Namun apabila kesan dadah itu mula berkurangan, mereka boleh hilang kawalan atau tidak sedarkan diri, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Pihaknya juga mendapati, syabu menjadi dadah pilihan dalam kalangan pemandu untuk kekal bertenaga, termasuk mengambil ketum. Sepanjang operasi yang dijalankan di seluruh negara dari jam 8 pagi hingga 6 petang, seramai 22 pemandu daripada 224 yang dikehendaki membuat saringan air kencing didapati positif dadah. Daripada jumlah itu, 14 pemandu positif syabu, enam ketum dan dua ganja, yang mana sembilan daripadanya ditahan di Negeri Sembilan. Mereka berusia antara 26 hingga 61 tahun, termasuk seorang pemandu bas pelancong yang didapati positif ketum.

Beliau turut memaklumkan bahawa pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa tahun ini telah memberi kuasa kepada AADK untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan ketum. Ini merupakan antara penambahbaikan dalam usaha menangani masalah penagihan dadah. Individu yang didapati menyalahgunakan ketum kini boleh ditahan dan menjalani rawatan di pusat pemulihan AADK.

Sementara itu,  JPJ akan mengambil tindkaan tegas termasuk menahan lesen vokasional serta menggantung lesen pemandu yang didapati positif dadah. Pada masa sama, syarikat pengangkutan turut dipertanggungiawab dan kegagalan mematuhi syarat lesen atau menggaji pemandu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah boleh dikenakan tindakan termasuk penggantungan lesen pengendali.

Pihaknya tidak akan berkompromi dengan pemandu yang menyalahgunakan dadah semata-mata untuk mendapatkan tenaga bagi melakukan lebih banyak perjalanan. Bukan sahaja pemandu, syarikat pengendali juga perlu bertanggungjawab memastikan pemandu yang digajikan bebas daripada penyalahgunaan dadah. Pihaknya juga telah melancarkan operasi bersepadu berkenaan secara besar-besaran di seluruh negara bermula pada Rabu.

Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama Agensi Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Puspakom, syarikat konsesi lebuh raya serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …