WARGA EMAS STROK TERSELAMAT DALAM KEBAKARAN RUMAH KEDAI DI TAWAU

OPERASI: Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian bagi mengawal api daripada terus merebak.

TAWAU: Seorang warga emas yang mengalami strok terselamat selepas dibantu orang awam sebelum sebuah rumah kedai yang didiaminya musnah dalam kebakaran di bangunan berhadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, sebuah unit rumah kedai sewa enam pintu di tingkat tiga terbakar hampir 90 peratus, manakala sebuah stor bersebelahan turut musnah kira-kira 80 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 petang sebelum menggerakkan 15 anggota bersama empat jentera ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian dan mendapati api sedang marak membakar bangunan berkenaan.

“Seorang warga emas yang mengalami strok berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan akibat kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dengan tiga pancutan air daripada jentera tangki air serta pili bomba berhampiran.

“Api berjaya dikawal pada jam 1.45 petang sebelum operasi diteruskan dengan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.15 petang. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …