DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Berlangsung semalam sesi 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗲𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝘀 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 bagi memperkukuh perancangan strategik serta pemetaan premis komuniti di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi tahun 2026 dan seterusnya.
Sesi ini bertujuan menyelaras maklumat, mengenal pasti potensi pembangunan serta memastikan pengurusan premis komuniti dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, berkesan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.
Semoga hasil perbincangan dan pemetaan yang dilaksanakan dapat menjadi panduan penting dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan KEMAS kepada komuniti.
Sumber : Kemas Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/KEMASPenangOfficial



