SETIAP KELEWATAN ADA KOS, KEMAJUAN PAN BORNEO DIPANTAU RAPI

TINJAU: Salleh semasa membuat tinjauan itu.

KOTA KINABALU: Ketua Merinyu Projek Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak menegaskan komitmennya untuk terus memantau secara rapi pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, sambil menekankan bahawa setiap kelewatan membawa kos kepada kerajaan serta menangguhkan manfaat yang sepatutnya dinikmati rakyat.

Berucap selepas lawatan tapak bersama pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor dan agensi berkaitan, Salleh berkata beberapa pakej utama projek menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran penting tahun ini.

“Saya amat menggalakkan kemajuan yang dicapai setakat ini. Pakej Kerja (WP) 3, 4, 10 dan 29 berada di landasan yang tepat untuk memperoleh Sijil Siap Sebahagian (CPC) pada tahun ini,” katanya.

Satu pencapaian penting telah direkodkan di bawah WP4 apabila jajaran baharu empat lorong dua hala antara Jejambat Bongawan dan Jejambat Benoni dibuka kepada pengguna pada 15 Jun 2026. Laluan baharu itu dijangka meningkatkan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna jalan raya.

Salleh turut memaklumkan bahawa WP6 dan WP7 dijangka menyiapkan skop kerja asal masing-masing, memperoleh status CPC dan membuka laluan dari Jejambat Putatan ke Persimpangan Bertingkat Sepanggar menjelang Oktober tahun ini.

“Lima lagi pakej di bawah Fasa 1A dijadualkan siap antara tahun 2027 hingga 2028.

Walaupun kemajuan yang dicapai adalah memberangsangkan, tidak sepatutnya ada ruang untuk kelewatan yang boleh dielakkan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kelewatan projek bukan sahaja meningkatkan kos pembinaan, malah melambatkan manfaat ekonomi dan sosial yang sepatutnya diterima oleh rakyat.

“Setiap kelewatan ada kos. Ia meningkatkan perbelanjaan projek dan menangguhkan manfaat pembangunan yang sepatutnya dinikmati rakyat Sabah,” katanya.

Salleh berkata beliau akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut jadual dan sebarang isu yang menjejaskan kemajuan dapat ditangani dengan segera.

“Jadual sudah ditetapkan. Sasaran sudah diketahui. Rakyat Sabah mengharapkan hasil. Tanggungjawab kita adalah memastikan setiap pakej disiapkan mengikut jadual,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …