RM53,000 PERKASA PEMBANGUNAN, PENDIDIKAN DI KIAU TABURI

RAMAH MESRA: Ewon beramah mesra dengan penduduk Kampung Kiau Taburi selepas merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan, semalam.

KOTA BELUD: Komitmen memperkukuh pembangunan luar bandar dan kecemerlangan pendidikan terus menjadi keutamaan apabila peruntukan berjumlah RM53,000 disalurkan bagi menjayakan pelbagai inisiatif di Kampung Kiau Taburi, di sini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Kampung Kiau Taburi, semalam.

Ewon berkata, peruntukan Touchpoint ADUN itu akan digunakan bagi melaksanakan beberapa cadangan pembangunan yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut bersetuju menyediakan peruntukan bagi menaik taraf beberapa jalan dan parit di kawasan perumahan kampung bagi meningkatkan keselesaan serta kemudahan penduduk.

Dalam majlis sama, beliau menyampaikan sumbangan CSR CIS Sdn Bhd berjumlah RM30,000 kepada Persatuan Bekas Pelajar SK Kiau 1.

Menurutnya, dana berkenaan akan dimanfaatkan untuk melaksanakan Program Majlis Kecemerlangan Akademik sebagai usaha meningkatkan prestasi pendidikan dan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dari kawasan berkenaan.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Kampung Kiau Taburi atas semangat kerjasama dan kebersamaan yang ditunjukkan dalam menjayakan pelbagai program kemasyarakatan serta pembangunan di kampung itu.

Katanya, semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan penduduk menjadi pemangkin penting kepada kejayaan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan di kawasan berkenaan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …