PROGRAM BIMBING KESELAMATAN JALANRAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited dalam memastikan pematuhan terhadap keselamatan jalan raya sentiasa dipatuhi oleh pengguna jalan raya terutama di musim perayaan. Program ini dihadiri seramai 850 orang pelajar/pengajar anjuran Motowazi di SMK Sungai Ara.
Advokasi Keselamatan Jalan Raya melalui sesi ceramah dan perkongsian tips keselamatan jalan raya yang berfokus kepada:
✅ Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
✅ Membudayakan Pemanduan Selamat:
– Kepentingan merancang perjalanan
– Kepentingan pemakaian keselamatan dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
– Kepentingan pemakaian topi keledar yang mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
– Kepentingan pemakaian tali pinggang keledar bagi mengurangkan impak kemalangan jalan raya.
– Kepentingan melakukan pemeriksaan asas motosikal dengan menggunakan T-CLOCK untuk motosikal dan POWDER bagi pemeriksaan kenderaan.
Tiada lain yang kami harapkan melainkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pengguna jalan raya yang terlibat seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta disebarluaskan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
                                                                                                                                                                                   Sumber  :  JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …

PENGUATKUASAAN IMIGRESEN TERUS DIPERGIAT

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen. Sepanjang tempoh 19 hingga …