SINDIKET LOVE SCAM, JANGAN JADI MANGSA

Perkenalan yang bermula dengan kata-kata manis di media sosial boleh bertukar menjadi mimpi ngeri apabila penipu mengambil kesempatan atas kepercayaan dan emosi mangsa.

⚠️ Antara taktik yang sering digunakan:

📌 Terlalu cepat meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang.
📌 Mengelak daripada membuat panggilan video atau bersemuka.
📌 Mendakwa bekerja atau menetap di luar negara.
📌 Meminta bantuan kewangan atas alasan kecemasan, hadiah atau urusan penting.
📌 Meminta maklumat perbankan atau mengarahkan pemindahan wang.

🚫 Jangan mudah percaya kepada individu yang hanya dikenali di alam maya, terutamanya jika melibatkan permintaan wang atau maklumat peribadi.

🔎 Semak nombor akaun dan nombor telefon terlebih dahulu melalui portal Semak Mule CCID:
https://semakmule.rmp.gov.my/

📞 Jika anda menjadi mangsa scam atau mengesyaki berlakunya penipuan, segera hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 99

 

Sumber : Jabatan Perdana  Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …