AWAS DENGAN ‘PANGGILAN SENYAP’

CyberSecurity Malaysia (CSM) mendedahkan taktik terbaharu digunakan scammer iaitu melalui ‘panggilan senyap’. Satu pendekatan baharu yang dipercayai menjadi langkah awal kepada lebih banyak panggilan penipuan. Ramai yang menyangka panggilan senyap itu kerana talian terganggu atau tergendala sehingga scammer tidak dapat bercakap dengan mangsa di talian namun ia sebenarnya lebih dari itu.

Menurut CSM, scammer menggunakan taktik sedemikian untuk melihat adakah nombor yang dihubunginya adalah aktif. Sekiranya aktif, ia akan dijadikan sasaran untuk pelbagai jenis scam pada masa akan datang. Sebenarnya ia adalah untuk mengumpul metadata suara. Walaupun senyap, kadangkala panggilan dirakam untuk mengenal pasti latar bunyi atau suara pengguna. Jika mangsa menjawab, nombor akan dimasukkan ke dalam senarai sasaran dan seterusnya dijual atau digunakan untuk penipuan lanjut.

‘Panggilan senyap’ ialah panggilan yang dijawab tetapi tiada respons daripada pemanggil. Talian akan diputuskan selepas beberapa ketika. Mangsa yang menjawab panggilan mungkin akan menerima komunikasi susulan dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menggesa tindakan. Selain itu, mangsa yang telah menjawab panggilan senyap mungkin menerima mesej di Whatsapp yang mengandungi pautan palsu atau tawaran kerja.

Selepas beberapa kali menerima panggilan senyap, mangsa juga mungkin akan menerima panggilan sebenar daripada nombor lain. Penipu mungkin memanggil semula tetapi dengan menyamar sebagai wakil bank, syarikat kurier, Lembaga Hasil Dalam Negeri, atau agensi kerajaan. Ada kalanya panggilan senyap yang diterima adalah panggilan yang tidak disengajakan.

Terdapat beberapa tanda yang boleh dikenalpasti untuk membezakan antara keduanya. Antaranya kekerapan dan corak panggilan. Jika nombor tidak dikenali itu membuat panggilan senyap berulang kali atau daripada nombor berbeza, itu petanda mencurigakan. Scammer juga menggunakan nombor telefon luar negara atau antarabangsa yang pelik atau terlalu panjang.

 

Sumber: CyberSecurity Malaysia & Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …