AWAS PENIPUAN TAWARAN KERJA (JOB SCAM)

Jenayah Job Scam terus meningkat di Malaysia dan menjadi antara modus operandi paling aktif digunakan sindiket pada tahun 2025. Scammer menyasarkan mangsa melalui Facebook, WhatsApp, Telegram, Instagram dan laman web palsu dengan menawarkan kerja mudah serta pulangan yang kononnya tinggi.

Ramai mangsa terpedaya kerana:

  • Tawaran kerja terlalu lumayan
  • Diminta buat bayaran pendahuluan / “task fee”
  • Dijanjikan komisen segera
  • Dipindahkan ke WhatsApp atau Telegram untuk tugasan mencurigakan

Tiada pekerjaan sah yang meminta bayaran pendahuluan. Jika peluang itu kelihatan terlalu mudah, terlalu cepat, dan terlalu menguntungka, itu ialah SCAM. Jika anda menjadi mangsa, hubungi NSRC di talian 997 dengan segera.

  • Jangan buat sebarang pembayaran tambahan.
  • Jangan klik pautan atau ikut arahan scammer.

Lindungi diri, keluarga dan simpanan anda. Jenayah penipuan tidak akan berlaku tanpa kepercayaan awal mangsa.

 

Sumber: PDRM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …