ELAK JADI MANGSA LOVE SCAM

“Love scam” adalah merupakan salah satu modus operandi sindiket penipuan, di mana penipu menggunakan identiti palsu untuk mendapatkan kepercayaan dan kasih sayang mangsa sebelum meminta wang.

Penipu akan mengelak pertemuan fizikal atau panggilan video serta sering mendakwa bekerja di luar negara, dan akhirnya meminta wang dengan alasan kecemasan, hadiah yang tersekat di kastam atau untuk projek perniagaan.

Ciri-ciri Penipuan Cinta (Love Scam):

  • Cepat menyatakan cinta
  • Mengelak pertemuan
  • Meminta wang
  • Meminta merahsiakan hubunga
  • Cerita yang dramatic

Cara mengelak dan bertindak:

  • Jangan mudah percaya
  • Jangan menghantar wang
  • Jangan kongsi maklumat peribadi
  • Jangan terpedaya dengan janji hadiah
  • Dapatkan pandangan orang terdekat
  • Laporkan jenayah hubungi Pusat Tindakan Panggilan Kecemasan (NSRC) di talian 997.
  • ⁠Buat laporan polis di balai polis terdekat.

 

Sumber: PDRM

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …