26 PATI DITAHAN DALAM OPS BERSEPADU DI PULAU REDANG

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menahan seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di sekitar Pulau Redang dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 21 Mei lalu.

Operasi yang bermula pada jam 7 pagi itu melibatkan pemeriksaan di empat lokasi terdiri daripada resort dan chalet di sekitar Kampung Pasir Panjang Besar. Seramai 127 individu telah diperiksa melibatkan semakan dokumen pengenalan diri dan status imigresen.

Operasi berkenaan turut disertai Pengarah Imigresen Negeri Terengganu, Mohd Yusri Mohd Nor, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Mat Amin Hassan, serta Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya, Basri Othman.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai 26 PATI berusia antara 21 hingga 51 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka terdiri daripada 17 lelaki warga Myanmar, empat lelaki warga Bangladesh, tiga warga Indonesia termasuk seorang wanita, seorang lelaki warga Thailand dan seorang lelaki warga Kemboja.

Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Selain itu, empat saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.

Kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut. JIM Terengganu menegaskan komitmennya untuk terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan kerjasama antara agensi bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta membanteras kehadiran PATI di negeri Terengganu.

 

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …