KESELAMATAN SIBER KANAK-KANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Pada era digital masa kini, kanak-kanak semakin terdedah kepada penggunaan internet untuk pembelajaran, permainan dan komunikasi. Walaupun teknologi memberi banyak manfaat, risiko keselamatan siber juga semakin meningkat jika penggunaan internet tidak dipantau dengan baik.

Antara ancaman yang sering berlaku ialah buli siber, penipuan dalam talian, kandungan tidak sesuai serta perkongsian maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali. Kanak-kanak yang kurang memahami bahaya dunia maya mudah menjadi mangsa jenayah siber.

Sebagai ibu bapa, penjaga dan masyarakat, kita memainkan peranan penting dalam membimbing generasi muda menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab. Mulakan dengan pemantauan yang sesuai, komunikasi terbuka dan pendedahan digital mengikut usia mereka.

Kesimpulannya, keselamatan siber ini bukan lah hanya tanggungjawab pihak tertentu sahaja, tetapi memerlukan kerjasama dari ibu bapa, penjaga dan masyarakat. Dengan bimbingan yang betul, kanak-kanak dapat menggunakan teknologi secara selamat dan bijak.

Lindungi generasi digital kita. Pastikan mereka membesar dalam persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan sihat.

 

Sumber : Instagram Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …