MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH

Banda Hilir – Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus sempena cuti sekolah kali ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri pengusaha hotel di sekitar Bandaraya Melaka apabila menerima tempahan luar biasa bermula minggu ini.

Justeru, beliau percaya, musim cuti persekolahan selama dua minggu bakal memberi impak besar, khususnya di kawasan pelancongan seperti Banda Hilir yang dijangka bakal dibanjiri pengunjung dan pelancong.

“Kita menjangkakan seramai 20,000 hingga 30,000 pengunjung akan memenuhi Bandaraya Melaka sempena cuti sekolah dan musim cuti panjang kali ini.

“Di pihak MBMB, kita telah bersedia dalam sudut kebersihan, keceriaan dan begitu juga keselamatan di kawasan tumpuan bagi memastikan keselesaan pengunjung sentiasa terjamin,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program My Brompton Malaysia Fans Day 2026 yang disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Menurut Shadan, MBMB sentiasa melakukan pembaharuan di kawasan tumpuan bagi memastikan negeri ini terus hidup sebagai destinasi pelancongan utama negara.

“Antara yang terbaharu adalah kita menambah lampu berwarna-warni di sekitar Bangunan Merah sebagai daya penarik untuk pengunjung dan pelancong di Banda Hilir.

“Di peringkat MBMB, kita akan sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan berterusan dan pada masa sama terus memastikan Melaka tidak sepi daripada pelbagai program menarik setiap bulan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …