JIM NEGERI TERENGGANU : LAKSANA PEMINDAHAN 56 TAHANAN KE NEGARA ASAL

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu telah melaksanakan operasi pemindahan tahanan pulang ke negara asal menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 pada 14 Mei 2026.

Operasi tersebut dikendalikan oleh Unit Pemindahan dengan bantuan Pasukan Iringkawal Depot Imigresen Ajil bagi memastikan proses penghantaran pulang tahanan berjalan lancar, selamat dan teratur. Seramai 56 tahanan berusia antara tujuh hingga 57 tahun terlibat dalam operasi berkenaan. Daripada jumlah itu, 47 merupakan lelaki, lapan perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Pecahan warganegara tahanan pula melibatkan 31 warga Bangladesh, 21 warga Indonesia, dua warga Vietnam dan dua warga Pakistan. Menurut  JIM Negeri Terengganu, kesemua tahanan terbabit telah selesai menjalani proses perundangan serta hukuman yang ditetapkan sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Mereka turut dikenakan tindakan senarai hitam berdasarkan kesalahan yang dilakukan di bawah peruntukan Akta Imigresen dan peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa. JIM Negeri Terengganu menegaskan komitmen mereka untuk terus melaksanakan operasi pemindahan tahanan secara berhemah dan profesional sebagai usaha memastikan kedaulatan serta keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …