ASAL SAKIT PINGGANG JE, MESTI BUAH PINGGANG ROSAK?

Aduhnya, sakitnya pinggang. Mesti buah pinggang dah rosak ni sebab selalu kurang minum air. Nak kena dialisis ke ni? Ini adalah dialog panik paling popular bila rakyat Malaysia diserang sakit belakang.  Asal lenguh pinggang je, terus ke klinik dengan muka pucat, terbayang mesin dialisis. Nanti dulu, tarik nafas panjang-panjang. Bukan semua sakit pinggang itu berpunca dari buah pinggang. Majoriti kes (hampir 80%) sebenarnya adalah sakit otot (Muscle Spasm) akibat gaya hidup kita sendiri. Jom belajar sikit anatomi supaya anda tak panik tak tentu pasal.

Cara nak beza lokasi sakit:

  1. Sakit buah pinggang (kidney pain)
  • Lokasi: Kedudukan buah pinggang bukan dipinggang bawah berhampiran punggung. Ia terletak lebih tinggi, iaitu betul-betul dibawah tulang rusuk belakang anda(kiri atau kanan jarang-jarang dua-dua serentak).
  • Jenis sakit: Sakitnya rasa tajam, berdenyut-denyut jauh di dalam, dan kadang-kadang dating bergelombang (menyucuk), ia takkan hilang walaupun anda ubah posisi duduk atau baring.
  • Simpton lain (red flags): kencing berdarah, pedih waktu kencing, demam menggigil dan rasa mual/muntah.
  1. Sakit Otot/sendi (Muscle spasm)
  • Lokasi : Dibahagian pinggang bawah (Lower back), berhampiran tulang sulbi (tailbone) atau menjalar ke bahagian punggung dan paha.
  • Jenis sakit: Sengal, kebas, atau rasa macam urat tegang. Sakit ini akan jadi makin teruk bila anda bergerak, membongkok atau duduk terlalu lama. Bila anda baring atau letak bantal panas, sakit tu berkurang sikit.
  • Punca: Angkat barang berat dengan postur yang salah (membongkok, bukan mencangkung), duduk menghadap pc terlalu lama.

Kongsilah ilmu penting ini. Tag kawan ofis anda yang selalu tepuk-tepuk pinggang tu supaya mereka tak overthinking lagi.

 

Sumber:Publichealthmalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …