MENARA TAMING SARI HIMPUNKAN 150 RIDER DGR 2026, BAWA MESEJ KESIHATAN LELAKI

Banda Hilir – Lebih 150 penunggang motosikal klasik dan moden berhimpun di perkarangan Menara Taming Sari, di sini, hari ini sempena penganjuran The Distinguished Gentleman’s Ride (DGR) Melaka 2026.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Nasrul Ahmad berkata, program yang memasuki edisi ketiga itu bukan sahaja menghimpunkan komuniti peminat motosikal, malah membawa mesej kesedaran mengenai kesihatan lelaki termasuk aspek kesihatan mental.

Katanya, DGR Melaka 2026 menjadi platform terbaik untuk menggabungkan minat terhadap motosikal klasik dengan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kesihatan lelaki.

“Lebih menarik kesemua peserta tampil dengan gaya formal atau ‘gentleman look’ sambil menunggang pelbagai jenis motosikal klasik dan moden mengelilingi sekitar Banda Hilir.

“Selain konvoi santai, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti berkaitan permotoran seperti pertandingan slow bike bagi menguji keseimbangan peserta, pertandingan menukar tayar Vespa terpantas, pameran motosikal serta sesi interaksi komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas acara pelepasan (flag-off) DGR Melaka 2026 di Menara Taming Sari, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB), Nur Azan Hassan dan penganjur DGR Melaka 2026, Chris Raja.

Mengulas lanjut, Nasrul berkata, pelepasan kira-kira jam 9.15 pagi itu turut disertai peserta dari Indonesia dan Filipina.

Tambahnya, sambutan menggalakkan diterima membuktikan komuniti motosikal tempatan semakin aktif selain berpotensi menjadi tarikan pelancongan berasaskan gaya hidup di negeri ini.

“Sambutan amat memberangsangkan dan kita berharap program seperti ini dapat diperluaskan lagi pada masa hadapan dengan penyertaan lebih ramai peserta, sekali gus mengangkat Melaka sebagai destinasi pelancongan pilihan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …