DUA LELAKI DITAHAN, 40 BOTOL AIR KETUM DIRAMPAS

RAMPAS: Rampasan air ketum serta peralatan memasak dan tong penyimpanan dipercayai digunakan untuk memproses bahan berkenaan. 

KOTA MARUDU: Kegiatan memproses dan mengedar air ketum terbongkar selepas dua lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan di daerah ini.

Dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu bermula kira-kira jam 10 pagi Rabu itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, serbuan pertama dijalankan di sebuah premis cuci kereta di Kampung Radu hasil maklumat risikan.

Katanya, pemeriksaan di lokasi menemukan sebotol minuman berwarna hijau disyaki mengandungi air ketum dengan anggaran isipadu kira-kira 200 mililiter.

“Hasil soal siasat awal terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua kira-kira jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tinonkudan Bodoi.

“Dalam operasi itu, polis menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan belakang rumah suspek menemukan 40 botol air mineral disyaki mengandungi cecair ketum selain peralatan memasak dan tong penyimpanan dipercayai digunakan untuk memproses bahan berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke IPD Kota Marudu untuk tindakan lanjut manakala semua barang kes turut dirampas bagi tujuan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Simiun berkata, pihak polis memandang serius kegiatan pengedaran air ketum yang semakin berleluasa di daerah itu dan akan terus mempergiat operasi bagi membanteras aktiviti berkenaan.

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu usaha membendung kegiatan itu demi keselamatan komuniti setempat.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …