PREMIS ANTIK SIMPAN GIGI DISYAKI HARIMAU, BERUANG DISERBU, RAMPASAN LEBIH RM5.32 JUTA

RAMPAS: Bahagian hidupan liar dilindungi termasuk gigi disyaki harimau dan beruang yang dirampas dalam serbuan ini. 

KOTA KINABALU: Kegiatan menjual pelbagai bahagian hidupan liar dilindungi termasuk gigi disyaki harimau, beruang dan batu landak terbongkar selepas sebuah premis antik di Jalan Gaya, di sini, diserbu pihak berkuasa.

Dalam operasi kira-kira jam 9.45 pagi itu, seorang lelaki tempatan ditahan manakala pelbagai bahagian haiwan hidupan liar dilindungi bernilai lebih RM5.32 juta turut dirampas.

Serbuan dijalankan sepasukan pegawai Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL).

Komander WCB/PSK, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, hasil serbuan premis itu berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang dipercayai pemilik premis.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai bahagian haiwan hidupan liar dilindungi termasuk 16 batang gigi disyaki spesies babi hutan, sembilan batang gigi disyaki harimau dan 10 batang gigi disyaki beruang.

“Turut dirampas 13 biji batu landak serta 394 keping sarang burung walit dengan anggaran berat keseluruhan 2.243 kilogram.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM5.32 juta,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, hasil temu bual awal mendapati suspek mengaku membeli sarang burung walit dan batu landak daripada pembekal di kawasan Lintas tanpa lesen atau permit sah.

“Bahagian haiwan hidupan liar dilindungi pula dipercayai diperoleh daripada penduduk kampung di Tawau pada harga murah sebelum dijual semula untuk pasaran tempatan sekitar Kota Kinabalu.

“Kesemua barang berkenaan tidak mempunyai sebarang lesen atau permit penyimpanan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 Sabah kerana memiliki serta menjual hidupan liar dilindungi tanpa permit sah.

Katanya, suspek bersama rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan lanjut.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

KELAS BAHASA ISYARAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti telah berjaya menganjurkan Program Komuniti …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menerima …

JADILAH WIRA PENYELAMAT NYAWA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 Setiap titisan darah yang anda dermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan …