SUBSIDI BOLEH DIKEKALKAN TETAPI PERLU DISTRUKTUR SEMULA – PAKAR EKONOMI

SHAH ALAM – Model subsidi di Malaysia masih relevan untuk dikekalkan, namun memerlukan penstrukturan semula secara menyeluruh.

Langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaannya lebih bersasar kepada golongan benar-benar memerlukan dan tidak lagi bersifat pukal.

Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pendekatan subsidi sedia ada masih boleh dianggap mampan sekiranya ditambah baik melalui kaedah lebih bersasar.

Mengulas sama ada model subsidi Malaysia masih mampan dalam keadaan ekonomi semasa, beliau menegaskan, ia masih boleh diteruskan dengan syarat distrukturkan semula.

Bagaimanapun, katanya, pengurangan subsidi secara menyeluruh bukan penyelesaian mutlak kerana rakyat masih boleh menikmati kualiti hidup yang baik sekiranya bantuan disalurkan secara bersasar kepada kumpulan layak.

Beliau turut mencadangkan alternatif seperti pelaksanaan sistem netting atau muqassah iaitu bantuan tunai yang digantikan dengan e-baucar.

Melalui mekanisme tersebut, katanya, peniaga yang menerima e-baucar boleh menolak amaun berkenaan daripada komitmen cukai perniagaan mereka.

“Kaedah ini juga mampu mengurangkan keperluan kerajaan untuk menambah hutang tambahan bagi tujuan bantuan fiskal tunai,” katanya.

 

Sumber :

https://www.sinarharian.com.my/article/779181/berita/nasional/subsidi-boleh-dikekalkan-tetapi-perlu-distruktur-semula—pakar-ekonomi

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …