POWER NAP, TIDUR SEBENTAR YANG BESAR MANFAATNYA

“Tidur 30 minit je pun, apa sangat?”
Kadang-kadang, itu yang badan kita perlukan untuk kembali bernafas.
Tidur sekejap 30 minit bukan tanda malas. Ia boleh jadi cara tubuh menekan butang reset selepas separuh hari memaksa diri fokus, melayan kerja, memandu, menjaga anak, bermesyuarat dan menahan mengantuk.

5 manfaat tidur 30 minit:

  • Bantu kurangkan rasa mengantuk badan jadi lebih segar, mata lebih ringan dan kepala tidak terlalu berat.
  • Bantu tingkatkan focus selepas rehat sekejap, otak lebih mudah menyambung kerja tanpa rasa terlalu serabut.
  • Bantu stabilkan emosi kadang-kadang kita bukan marah sangat. Kita cuma terlalu letih.
  • Bantu ingatan dan pembelajaran tidur singkat boleh membantu otak menyusun semula maklumat yang diterima.
  • Bantu badan rasa lebih bertenaga bukan tenaga luar biasa, tapi cukup untuk sambung hari dengan lebih tenang.

Cuma ingat, tidur 30 minit ini bukan pengganti tidur malam yang cukup.
Elakkan tidur terlalu lewat petang kerana ia boleh mengganggu tidur malam. Pasang alarm, cari tempat selamat dan rehatlah sekejap bila tubuh benar-benar perlukan.
Kadang-kadang produktif bukan bermaksud terus paksa diri.
Kadang-kadang, produktif bermula dengan tahu bila perlu berhenti sebentar.

 

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …