MYKAD ROSAK? JANGAN RISAU — BOLEH TUKAR DENGAN MUDAH DI JPN

Langkah-Langkah Penggantian

Untuk menukar MyKad yang rosak, pemohon perlu mengikuti empat langkah utama:

Hadir ke lokasi pilihan: Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPN, menggunakan perkhidmatan bas atau van MEKAR, memohon secara dalam talian, atau melalui perkhidmatan My Phone-In.

Ambil nombor giliran: Pastikan anda memilih kategori nombor giliran untuk “ROSAK”.

Penyerahan: Serahkan MyKad yang rosak beserta maklumat diri yang diperlukan kepada pegawai bertugas.

Bayaran: Lakukan pembayaran caj penggantian mengikut kategori yang ditetapkan.

Kadar Bayaran

Kos yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis kad:

  • MyKad: RM10.
  • MyKAS dan MyPR: RM40.
  • Percuma: Tiada bayaran dikenakan jika permohonan dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak.

Tempoh Siap

Masa yang diambil untuk mendapatkan kad baharu bergantung kepada lokasi cawangan JPN:

  • 30 Minit: Di JPN Ibu Pejabat Negeri, JPN Cawangan UTC, dan cawangan terpilih.
  • 5 Hari Bekerja: Untuk cawangan lain di Semenanjung Malaysia.
  • 7 Hari Bekerja: Untuk cawangan lain di Sabah, Sarawak, dan Labuan.
  • Nota Penting: Tempoh siap ini hanya tertakluk kepada permohonan tanpa sebarang komplikasi teknikal atau rekod.

 

Sumber Jabatan Penerangan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …