KERACUNAN CENDAWAN

Satu kesilapan kecil boleh membawa maut. Tahukah anda? Lebih 95% kes keracunan cendawan berpunca daripada kesilapan manusia dalam membezakan antara cendawan yang selamat dimakan dan cendawan beracun. Rupa yang hampir sama bukanlah jaminan ia boleh dimakan.
Kenapa cendawan liar berbahaya?

Cendawan liar mengandungi toksin semulajadi, walaupun ianya dimasak namun tidak boleh menghapuskan racunnya dan racunnya sukar dibezakan dengan cendawan yang selamat dimakan.
Elakkan memetik cendawan liar jika tidak pasti ia selamat dimakan.

Kenali tanda awal gejala keracunan cendawan. Ianya boleh bermula seawal 15 minit sehingga lebih 6 jam selepas anda memakannya.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami gejala berikut selepas makan cendawan, bertindaklah segera!

~ Sakit perut

~ Loya

~ Muntah

~ Cirit-birit

~ Pening kepala

~ Peluh berlebihan

~ Kekeliruan atau halusinasi

~ Sawan

Jangan pertaruhkan nyawa demi sehidangan Cendawan.

#MyHealth

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …