ISTIADAT MELAFAZ SUMPAH JAWATAN DAN MENANDATANGANI SURAT PERISYTIHARAN JAWATAN YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN

Pada 26 April (Khamis) dalam tahun 1984, Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Perisytiharan Jawatan Yang di-Pertuan Agong Kelapan diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pada istiadat ini, DYMM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong manakala DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. KDYMM Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan KDYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Al-Sultan Kelantan pula menjadi saksi. Naskhah perisytiharan memegang jawatan dibacakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri. Pelantikan DYMM Sultan Iskandar dibuat bagi menggantikan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah yang menamatkan tempoh pemerintahan lima tahun baginda pada 25 April 1984.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …