CUBAAN SELUDUP ROKOK DIGAGALKAN DI PERAIRAN SEMPORNA

RAMPAS: Rokok seludup yang ditemukan dalam dua karung guni dirampas untuk tindakan dan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

SEMPORNA: Cubaan menyeludup rokok tidak bercukai berjaya digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu operasi di perairan Laut Balimbang, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, kejadian kira-kira jam 4 pagi itu bermula apabila sepasukan anggota PPM Semporna mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pasukan terus mengejar bot berkenaan sebelum suspek bertindak membuang beberapa objek ke laut bagi mengelak dikesan.

“Bot suspek kemudian melarikan diri ke kawasan cetek di Laut Balimbang sebelum menuju ke arah Laut Tanjung Manimpa dan berjaya melepaskan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas barang yang dibuang menemukan dua karung guni berisi rokok dipercayai tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggaran sebanyak 400 kotak rokok jenama LASA warna putih dirampas membabitkan kira-kira 8,000 batang dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM9,600.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan pelanggaran undang-undang negara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …