JKDM SABAH TUMPAS CUBAAN EDAR DADAH LEBIH RM15 JUTA

RAMPASAN: Taufik (tengah) bersama pegawai JKDM Sabah menunjukkan rampasan dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai lebih RM15 juta.

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menumpaskan cubaan pengedaran dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat kira-kira 305.722 kilogram dengan anggaran nilai pasaran berjumlah RM15,286,100.

Pengarah Kastam Negeri Sabah Dr. Ahmad Taufik Sulaiman berkata, rampasan dibuat di kawasan pemeriksaan kastam Pelabuhan Sepanggar dekat sini kira-kira jam 11.30 pagi pada 22 April lepas.

Menurutnya, satu pasukan daripada Cawangan Narkotik, Bahagian Penguatkuasaan Negeri Sabah bersama Pasukan Cawangan Import Eksport, Pelabuhan Sepanggar menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit hasil daripada maklumat risikan.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang Selangor menemukan 15 kotak yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine.

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengikrarkan dadah terbabit sebagai barangan minuman (drink stuff) di dalam dokumen penghantaran (Bill of Lading) sebelum didapati mengandungi dadah.

“Taktik pengisytiharan sebagai barangan minuman dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa dan mengelak daripada dikesan dalam pemeriksaan awal,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu jelasnya, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan melibatkan rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan lain-lain termasuk dadah serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.

Katanya, kegiatan penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, pihaknya menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat.

Menurutnya, pihak JKDM memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …