LELAKI DITAHAN, 480 LITER PETROL DIRAMPAS DI SEMPORNA

RAMPAS: Semua petrol berkenaan dirampas bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

SEMPORNA: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dan menyimpan petrol tanpa kebenaran dalam satu operasi di perairan Kampung Simunul, di sini, pada Sabtu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 malam oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak menerusi Op Tiris 4.0 (Bersepadu).

Menurut kenyataan itu, lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan untuk memiliki bahan kawalan terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 24 jeriken berisi petrol yang dianggarkan berjumlah 480 liter.

“Turut dirampas sebuah bot kayu, enjin sangkut jenis Yamaha Enduro 40 kuasa kuda serta beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan bagi tujuan pengangkutan bahan tersebut,” katanya.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM4,705.60. Kes berkenaan telah diserahkan kepada KPDN Cawangan Semporna dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, KPDN menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan akan terus mempergiatkan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan berkenaan.

“Tindakan tegas boleh dikenakan termasuk denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan diminta menyalurkan aduan melalui talian 1-800-886-800, WhatsApp 019-848 8000, e-mel atau aplikasi Ez ADU KPDN,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …